WANITA MIC WP MENOLAK RANG UNDANG-UNDANG HUDUD DAN MENDESAK DAP UNTUK KELUAR PAKATAN RAKYAT

 

Crime & Punishment Under Hudud

Crime & Punishment Under Hudud

Wanita MIC Wilayah Persekutuan menolak Rang Undang-Undang Hudud diwujudkan di negara kita dan mendesak DAP untuk keluar Pakatan Rakyat kerana  gagal menunaikan janji yang dibuat kepada pengundi semasa pilihanraya bahawa tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.

Wanita MIC Wilayah Persekutuan menghormati agama Islam dan mengenalinya sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun, tidak akan menyokong Rang Undang-undang Hudud yang akan dibentangkan. Ini kerana Rang Undang-Undang Hudud bertentangan Perlembagaan Persekutuan. Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa ” Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata daripada undang-undang. ” kata Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan, Kogilam Suppiah.

Pelaksanaan Hudud di Kelantan hanya akan mewujudkan dua sistem perundangan jenayah yang berlainan di negara kita, satu untuk orang Islam dan satu untuk orang bukan Islam. Jika dua sistem undang-undang yang berasingan diwujudkan maka hanya akan menghasilkan konflik atas bidang kuasa dan hukuman.

Wanita MIC Wilayah Persekutuan menggesa DAP untuk menyelesaikan kerisauan  masyarakat bukan Islam terhadap Hudud. Pakatan Rakyat perlu mengadakan perjumpaan dengan segera untuk mencapai kata sepakat terhadap Undang-Undang Hudud PAS, dan memastikan bahawa PAS tidak melaksanakan Undang-Undang Hudud. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat perlu memberi amaran kepada PAS supaya menghentikan selama-lamanya hasrat pelaksanaan undang-undang hudud PAS di negara kita.

Wanita MIC Wilayah Persekutuan juga menyeru semua pengundi di Bukit Gelugor dan Teluk Intan terutama pengundi untuk menggunakan peluang dalam dua pilihan raya kecil ini untuk protes undi terhadap DAP kerana gagal untuk menghentikan PAS dari pembentangan Rang Undang-undang Hudud PAS. Dengan memprotes undi terhadap DAP, maka secara tidak langsung akan dapat memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat untuk menghentikan PAS terhadap hasrat mereka dalam pelaksaanaan Undang-undang Hudud oleh PAS. Ini kerana PAS dipercayai menangguhkan hasrat pembentangan Rang Undang-Undang Hudud hanya kerana untuk membantu meraih undi dalam pilihanraya kecil di Bukit Gelugor dan Teluk Intan kerana mereka tetap berniat untuk membentangkan di persidangan Dewan Rakyat pada September tahun ini.

Justeru, Wanita MIC Wilayah Persekutuan mendesak DAP untuk keluar Pakatan  Rakyat kerana DAP tidak dapat membuat sekatan terhadap PAS dalam hasrat pelaksanaan Hudud walaupun PAS hanya mempunyai bilangan terendah kerusi dalam Pakatan Rakyat berbanding DAP yang mempunyai bilangan tertinggi justeru gagal gagal menunaikan janji yang dibuat kepada pengundi semasa pilihanraya bahawa tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.

KOGILAM SUPPIAH, K.M.N.
KETUA WANITA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
AHI MAJLIS TERTINGGI WANITA KEBANGSAAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *