SEGERAKAN PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001

Should Not Hurt to Be A Child

Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan, Kogilam Suppiah menyokong sepenuhnya hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) yang memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak-anak mereka dan tindakan lebih tegas boleh dikenakan terhadap mereka apabila pindaan  diluluskan kelak berbanding akta sedia ada yang hanya memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM20,000 ke atas mana-mana ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak mereka.

Langkah KPWKM secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga bahawa keselamatan anak-anak adalah amat penting. Dengan kesedaran sedemikian, diharap dapat mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti penculikan, penderaan dan sebagainya.

Justeru, disarankan kepada KPWKM agar membentangkan pindaan akta ini dengan kadar secepat mungkin setelah diperhalusi oleh Peguam Negara.

 

KOGILAM SUPPIAH, K.M.N.
KETUA WANITA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
AHLI MAJLIS TERTINGGI WANITA KEBANGSAAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *